Entry: taknak masuk wad Friday, August 28, 2009



Tahun ni aku tak dapat menikmati Ramadhan seperti tahun² sebelumnya. Aku betul² tak rasa feel puasa at all. Yela sebab selalu bulan pose kan panas, lapar, bernafsu nak pergi bazar ramadhan. Semangat terawikh.

Yang aku rasa sakit, lemah. Walaupun belum cukup bulan untuk membolehkan aku coti berpuasa, tapi sejak 7 hari puasa ni, aku cuma dapat puasa 1 hari jek. Adessssssss. . .rasa sedih tak dapat penghayatan puasa tahun ni. Adakah aku tak dapat puasa sebulan.

Bagaimana sekiranya kalau aku puasa jugak? Actually aku memang niat berpuasa setiap hari. Tetapi tak sampai sejam aku puasa, mesti aku akan batuk seteruk²nya rasa macam nak tercabut dada aku dan aku mula rasa difficulty of breathing plus asiklah ke toilet menyebabkan i lost soo much body fluid.

Aku akan dehidrasi. Jadi aku terpaksa membatalkan puasa untuk makan obat dan mengekalkan body fluid aku yang hilang banyak luar biasa menyebabkan muka aku jadi macam hantu. Seram tak?

Bila dah sakit² macam ni, terasa nikmatnya la hai kesihatan. Selama beberapa hari aku tak berselera untuk makan. Selera aku hilang di bawa batuk dan sakit perut. Tapi aku tetap perlu tidak berpuasa untuk makan obat. Hai obat. . hai obat. . .

Aku dah tidak mengharapkan untuk kurus tetapi aku mengharapkan untuk sihat. Dengan kondisi aku yang seperti selera supermodel yang aneroksia, boleh saja aku tidak menjamah apa makanan pun untuk langsing tetapi aku perlukan tenaga untuk tingkatkan sistem imun dan makan ubat supaya tak sakit perut.

Aku dah start on tamiflu memandangkan aku dan complete course antibiotik sebelum ni. Masih belum sihat sepenuhnya. Kepala masih rasa pening² lalat. .  tetapi masih pergi ke pejabat. Nampak rajin kan? Sebenarnya aku SANGAT takut kalau admit. TAKNAKKKKKKK!!! Jadi aku kena kuat² dan gagah²kan diri.

Malam tadi aku terjaga dari tidur akibat dari penangan perut yang maha sakit. Tak pernah rasa sakit macam ni, macam kena lenyek steamroll pon ada. Aku terus ke toilet, rasa nak muntah dan macam²lah. . .rasa nak menangis. jek Tiba² terlintas di pikiran aku dawai ayam percik petang semalam (kalau tertelan) kalau-kalau membocorkan perut aku. Risau gak.

Tiba² rasa sangat sedih sebab kesakitan seorang diri.

Itulah mak cakap nak ambil aku balik umah, aku takmo. Masalahnya aku dah takde coti. Tahun ni beraya pon cuma coti yang wajib jek. Seb bek ada coti 4 hari.

Masih risau dengan batuk² yang tetap teruk. Aku takut kalau kena pneumonia. Aku tak nak tinggal dalam wad. I hate it. memang aku degil. Walaupun dipaksa jumpa dokter lagi tetapi aku tatap tidak mau. Aku taknak. Degil kan? Padahal sekangkang kera jek bilik dokter. Bila aku jumpa Dr. Winston pagi tadi masa nak verify medical chek up aku g haji, dia cakap kena buat scope. Taknak ar. . .

Aku masih boleh bertahan. Aku pergi opis, rehat², buat kerja ringan². Semua orang menegah untuk berjumpa pesakit kerana kondisi aku yang serupa pesakit gak.

Semoga cepat sembuh ya saya. . .

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments