Entry: BERUK oleh Pak Azizi Hj Abdullah Thursday, August 20, 2009



Aku teringin macam dulu lagi, tidur awal, bangun awal pagi, kemas rumah , breakfast sambil tgk Malaysia Hari Ini kat TV3.

Aku tatau sekarang rasanya semua sangat mess. Lepas subuh aku sambung tidur sampai 7.30am, pastuh menggagau gosok baju dan bersiap ke tempat kerja yang bermula 8 pagi. Padahal aku berasa serik setiap hari kelam kabut macam tuh. tapi aku tak berubah pon.

Setiap  malam aku harus menyiapkan kerja, kalau tak memang aku kena ke pejabat untuk kerja. Aku sepatutnya tetap bersyukur sebab i escape alot. . .

people says,

if u married, bersyukur u have family but i f ur single, u escape alot.

n so do i. Akhirnya pada semalam aku telah mendapatkan gula sebanyak 10kg. Huh dari hasil jerih payah masuk dari kedai ke kedai dan pertolongan PPK di pejabat. Terima kasih.

Masa berlalu sangat pantas , sedar atau tidak dah masuk hari khamis bermakna hari terakhir aku bekerja untuk minggu sebelum puasa. Hari jumaat aku off whole day sebab nak ikut kat ct balik keramat, nak amek kereta.

Kadang˛ aku terfikir gak apa yang aku nak dalam hidup ini lagi? Sampai bila aku nak macam ni? May be sebab aku jauh dengan family, so aku masih ragu˛ dengan potensi aku terhadap keluarga.

Tapi bos aku cakap dulu, bila dah kahwin rasa lega sangat. Perkara yang paling aku takut dalam sebuah rumahtangga adalah financial problem bila dah ada anak. As aku memang sangat suka berbelanja dan bermewah˛ menyebabkan aku rasa tak mampu untuk membina sebuah keluarga. Atau aku akan berubah bila masanya nanti.

Sekarang masih belum jumpa calon yang sesuai. Aku BENCI bila orang cakap aku choosy, demanding, hi taste. Aku bukan jenis wanita seperti itu. Walaupun aku sering mengimpikan lelaki kaya sebagai teman hidup aku, tapi tak bermakna aku akan pilih lelaki kaya sebagai teman hidup. Pada aku yang penting adalah keSERASIan.

Aku sekarang rasa aku sekarang sangat all alone may be ini adalah penangan PMS yang selalu memomokkan wanita di dunia ini menjadikan aku mood swing˛.

Mungkin inilah yang aku rasa sekarang:

100 friends are few, 1 enemy is many. . .

Bila macam ni, aku slealu rasa nak pindah balik KL-selangor. SO kalau korang nak tahu, memang setiap bulan aku rasa nak transfer. dan sebenarnya dah banyak kali aku ke admin untuk ambil borang pindah. Tapi lepas aku tangguhkan PMS aku for few days, then i felt much better.

Tadi rasa macam nak jek jumpa makcik cleaner kat opis untuk datang setiap pagi mengemaskan rumah aku. Huh! Aku memang sangat pemalas. Rumah aku bersepah tahap maksimum, tahap kucing nak beranak yang tatau mana port nak beranak sebab semua dah penuh.

Actually aku kena clear all stuff dalam rumah, almari dan kabinet dapur. Masa course critikal thinking mengajar aku how important kita sentiasa dalam keadaan kemas dan tearatur. Aku tau banyak gila baju dalam lemari yang aku tak pakai lebih 6 bulan.

Dalam kabinet dapur, ada makanan diet dan minuman kesihatan yang hangat˛ tahi ayam jek aku guna. Wasting!! Kenapa aku suka membazir? Aku memang terkenal sebagai seorang yang suka membeli barang dan simpan.

AKu ingat lagi masa bibik datang kemas rumah, banyak barang dalam plastik yang aku tak buka lagi then aku beli lagi. Sampai bila aku nak macam ni? Alasan yang aku berikan untuk semua masalah ini adalah bz. Actually memang aku seorang pemalas.

As aku hanya sempat mengemas dan menyisihkan semua barang pada hujung minggu and these few months aku belum ada weekend berehat dan bersantai di rumah. Kesian kan?

Actually aku baru sahaja selesai mencuci dapur dan kemas fridge yang dah jadi macam peti sampah. Nasib baik lah takde jiran sebelah˛, taklah nampak pelik sangat mengemas pada tengah malam. Sekarang 1.44 pagi aku belum rasa mengantuk. Mungkin aku akan mula mengemop lantai as aku dah siap gosok baju untuk esok dan yang pastinya comfirm aku bangun lambat esok.

Bosannya tinggal sorang˛ macam ni, nasib baik ada mork yang sudi menemani. SI mantan cakap aku terlalu memanjakan mork. Siapa lagi yang aku nak layan kalau bukan sahabat kecil aku yang sekor ni.

Aku tersentuh dengan cerpen beruk yang kami ulas waktu course hujung minggu kemarin. Memang menyayat hati. Cerpen Malaysia telah diangkat di mata dunia yang di alih 17 bahasa. Aku ingat buku jek yang ada terjemahan. Tak sangka banyak lagi benda yang aku tatau.

Beruk oleh Pak Azizi Hj Abdullah, Disember 1970

http://www.scribd.com/doc/5708775/BERUK-A-malay-short-story


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments