aku rasa macam² bala yang menimpa rakyat sekarang. H1N1 yang mengorbankan nyawa dari masa ke semasa, Krisis gula. 1 kampit gula di rumah aku boleh bertahan sehingga setengah tahun. Percaya x?
Aku terpaksa masuk kesemua kedai runcit dan pasaraya untuk mengumpul gula. Haha. . .Aku siap beri arahan [ada trainee untuk membantu aku melakukan perkara yang sama. Persediaan hari raya.
Walaupun memang aku jarang buat air kat rumah. Buat air untuk tetamu jek. Orang pon jarang sudi mampir kat umah aku. . maklumlah rumah bujang. Siang tadi selesai sesi fotografi. Aku semakin malas nak layan dengan committee yang tak berdisiplin. Like i care. So selfish.
Aku baru sahaja membatalkan kelas masakan. Ikutkan hati nak jek aku layan rajuk aku untuk membatalkan terus kelas masakan tuh tapi aku harus berfikiran secara kritis dan logikal untuk menjadi seorang yang bijaksana.
Sebenarnya aku terlalu BENCI untuk terus menerus cerita tentang kerja tapi itu saja yang aku untuk masa sekarang ni.
AKu hampir sahaja ke balai polis untuk melaporkan kehilangan dangerous drug untuk unit berkenaan tapi nasib baik semuanya selesai sebelum kami ke balai. Itulah akibat apabila melakukan kerja sambil lewa. Sebanyak mana, atau seletih mana sekalipun kena ambil berat semua perkara.
Aku rasa gembira apabila simantan mengajak aku ke rumah untuk bertemu ibunya sekali lagi. Aku lebih yakin dan tidak gentar untuk bersemuka untuk kali ni. Tiba-tiba rasa bersalah pada teman wanita baru si mantan. Masih menagih kasih pada simantan walaupun sebulan. Berani tol wat confession kat aku nasib baik aku masih boleh bertenang. (benda macam ni pon nak share kat blog. . ridiculous. . hahahaha)
Actually aku rasa bukan hanya sekadar chemistry tapi restu keluarga memang sangat penting dan aku yakin 120% yang mak aku confirm tak restu nya.
Walaupun mak simantan memang sangat mengalu-alukan aku untuk masuk dalam keluarga mereka tapi sebenarnya aku memang sangat tak sedia.
Huh! Minggu tanpa kereta kesayangan. Mungkin jatuh sakit dan perlu rehat sepenuhnya. Kesian En. V.
Posted at 10:13 pm by
haniati