Wednesday, October 20, 2010
semalam aku n datin g mayfair after work. . .walaupun aku dah cuba london weight management. . .walaupun aku suka tapi sebab staff yang sangat tak friendly dan kurang ajar so i choose mayfair walaupon aku tataula apa naseb aku kat mayfair. . .
semalam aku telah register utk package selama 2 bulan.
mengharapkan kurus 20kg. Boleh ker?
Alahai. . . consultant aku Yvonne cakap kalo aku dapat turun 20kg n above, dapat masuk challenge yang hadiahnya cash RM3k dan RM10k treatment plan.
I really into it. Sekarang berat badan aku 97kg. . memang multi obes. . .padahal dulu pernah separuh dari tuh. . .alahai. . .actually my ideal weight is 50 +++. .
Kalau dapat turun sampai 70kg pon memang dah nampak ok. . . sangat risau. . .
Tapi orang cakap x boleh turun mendadak. . . tapi apa yang lebih menyakitkan bila banyak orang anggap aku wanita hamil sebab perut aku yang SANGAT boncit.
Malam tadi adalah hari terakhir aku makan. .dan aku sudahi dengan KFC. . .
Berharap segalanya akan bertambah baik.
Semalam pon aku baru submit borang RHB yang aku dah peram berbulan. . .mengharapkan duit lebih untuk next year. . .membeli rumah n investment.
Aku perlu berjimat cermat. . .mengikis sifat shopping spree. . .tekad membeli aset mulai tahun depan. . n the most important thing rumah idaman bakal menyusul. Mungkin akan menjadi jiran mabel di bukit jalil. hope aku boleh afford semua tuh. . .
Bermula azam baru hari ni . .
Wednesday, September 29, 2010
ahad lepas rombongan merisik telah datang debaran nya memang sangat dirasai. . .
berharap semua kan berjalan dengan lancar. . .
orang kata semakin hampir dengan hari ijabkabul semakin kuat dugaan dan aku?
berharap semuanya berjalan lancar. . .
memang betul banyak perkara yang aku perlu buat pertimbangan. . .kadang² sampai aku rasa betul ke ini pilihan aku. . .
terima kasih kepada yang menyokong. . .
Yang penting aku tetap percaya every cloud has a silver lining. . .
Wednesday, September 22, 2010
ada kursus kat summit hotel pasal medication safety. .
nervous gak bengkel ni. .
i'm getting engagged this sunday. .adakah aku akan bahagia atau makin sengsara?
Monday, September 20, 2010
Semalam aku kena tahan polis trafik kerana salah masuk lane. Lane aku sepatutnya terus tetapi aku belok ke kanan. . tak perasan laks. . .
Dahlah driver aku tak bawak lesen. Naseb baik aku ada lesen. . .
Then bila kami cakap. . kami dah sesat bang nak hantar barang ke klang. .
Naseb baikla brader polis ni ada consideration. . jadi kami dilepaskan dengan syarat harus tukar pemandu. Lepas dari 2 kesalahan. Kalau tak, tak pasal² kena saman lagi. . bosan. . saman speed trap yang dulu punya time raya cina pon aku tak bayar lagik. . .
Hari yang sangat memalaskan. . .
Raya tahun ni agak meriah dan tak seperti yang aku sangka. . .
Aku terkunci dari luar rabu selepas selepas menonton piranha. Aku locked tetapi kunci berada di dalam rumah. Untuk menunggu hsemate aku yang pulang paling awal pon pada hari ahad kerana beraya di rumah mentuanya di sabah. . jadi utk tidak merosakkan grill, lock etc aku mengambil keputusan utk terus pulang beraya di rumah keluarga bakal ehem². . .
Naseb baik tak angkat baju kat ampaian. So boleh angkut sekali. Besok aku mula kursus di Summit Hotel USJ. Malasnya. . . perlukah aku yang pergi?
Rasa unfair kerana aku tiada kaitan dan tidak terlibat secara professional dengan tajuk utk bengkel kursus nanti.
Aku mengharapkan masa berlalu dengan pantas. Selasa petang check in. . malas start lecture. . .
Rabu the whole day bengkel n Khamis half day jek. Huh!
N aku boleh shopping. Bercadang utk memilih dan membeli cincin idaman . . dan membuat sedikit persiapan kedatangan bakal keluarga. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. . .
Sekarang aku tengah tunggu kedai buka sebab nak beli cangkul. Rumah aku dah mula diserang nyamuk² yang mula berkembang biak. . mungkin dah mula semak. . huhu
Monday, September 06, 2010
dah isnin balik. . .semuanya masih sama. ..
cuma jahitan manik di baju dah siap separuh. . lagik?
raya makin dekat dan aku?
masih sama macam dulu.
bila ler nak berubah. . .
thinking to resign n find new job.
kadang² aku takut utk menerima perubahan. tapi apa yang penting aku tetap aku.
Aku dah lama tak travelling.
Tahun ni aku macam ni. Takde g mana². . .
2nd week of raya dah ada bengkel medication safety. Siapalah yang calon nama aku. Dia nak beraya. . .aku la jadi mangsanya. Stupid crazy **** .adesss. . . What to do.
What goes around comes around. . .
Aku kerja disebabkan oleh $$$$. . .hilang passion aku terhadap kerja sebab banyak sangat kerja part yang nomor last tuh -->kerja² lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
Friday, September 03, 2010
kerja macam biasa. . .
pagi meeting. ..
petang ingat nak buat /tolong buat preparation utk khatam quran tapi ada meeting ops. . .short meeting katanya yang sampai habis masa balik. . .
saje dengki. . ada jugak manusia macam ni. . .buat meeting tak cukup corum. . .membencikan. . puasa² pon nak buat jahat dengan org. ..
petang sangat terasa kesepian. .tatau nak g mana. . .tgk kamariah ada kat bus stop . . nak balik rumah ke tangga batu katanya (lebih kurang sejam dari sini). . .
Tiba² offer diri utk hantar dia bali disamping berjalan² di tepi pantai. ..
teringat kenangan sidia disengat jelly fish di pantai puteri. . .huh!!
susah tol utk dilupakan. .
Thursday, September 02, 2010
hari ni dapat bonus. . .yeay!!! nak beli tupperware lagi. .
isk. . kje aku asekla beli tupperware. . .hehehe. . .
Siapa nak jadi ahli tupperware bolehla contact saya. . .
Wednesday, September 01, 2010
aku menyambut countdown untuk merdeka dengan menjahit manik pada baju yang baju saja siap dijahit.
Habis kerja jek aku terus ke KEdai PAk DIn beli beads banyak² dalam 10 peket. Semangat utk menjahit. Padahal dulu masa aku tgh semangat gak (hangat² tahi ayam) aku pernah beli banyak beads dan akhirnya aku campak ntah ke mana. sayang tol. . .dahla sepeket harga RM3 lebeh.
Kedai Pak Din Murah sket dalam RM1.50-RM1.90. Mungkin gram nyer pon sikit. Malam merdeka aku berjaya menyiapkan menjahit 2 pasang baju pattern yang simple. ntah aku pon tatau apa nama pattern tuh sebab aku main taram jek. . pattern taram la kot. . .
Walaupon bersengkang mata menjahit manik. . aku bangun awal pkul 5 macam kunon nak sahur² jek. .
Aku dapati aku tidor bersama manik dan baju² .. tertidor rupanya. . .sebab semangat. . .tak gosok gigi lagik, aku terus menjahit manik lagik. . kegilaan bermusim aku. . .
Friday, August 27, 2010
Dah genap 16 hari aku puasa. . .tahun ni aku kena bayar zakat fitrah sendiri. jangan lupa ye. . .
Menjelangnya syawal dah tak mengujakan macam dulu². . .Tahun lepas aku x beli baju baju atau kasut baru atau apa². . Naseb baik AH-Pok si taylor aku tuh ada memerap baju aku yang lama² x siap kat kedai dia. Tau pulak dia aku nak raya.
Aku mengahrapkan bulan puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas. At least tahun ni aku ada kawan nak buka. Tak macam tahun² lepas. Aku buka sorang² kat rumah. NAmpak macam kesian jek. PAdahal tuh cerita biasa jek. . .
Beberapa tahun kebelangan ni memang aku buka sorang². . .sedey kan.
Dan tahun ni disebabkan ada geng nak buka, so aku mencadnagkan supaya kita buat sendiri juadah berbuka yang simple. Muak jugak makan kat luar. Sekurang-kurangnya apa yang kita masak tuh, kita taulah kualiti makanan tuh, suci lagi halal serta bersih. Yang paling penting menjimatkan. Bukan susah sangat pon nak goreng ikan ke sayur.
Air batu laks beli kat kedai Latip bawah ni. KAlau rajen buatlah kuih buah Melaka ker.
TAhun ni tiba² tergerak hati aku untuk bisnes kerepek. Mak cakap aku jual murah sangat. . ntah untung, ntah kan x. . dengan kos pengangkutan lagi.
Takpela mak. . .this year test market, nak carik customer. mana tau next year orang menanya². . .perniangan kerepek aku memang laris manis. baru 2 hari aku dah kumpul order almost 50kg itu pon dikalangan kawan² terdekat. 2nd order ada dekat 40 kg.
Makcik² cleaner yang menyambut deepavali lama lagi pon order kat aku tapi dia cakap lambat sket pon takpe. . utamakan orang² yang nak raya. So bulan puasa ni setiap minggu aku balik. Sambil melawat keluarga sambil ambil kerepek..
Seiapa nak order bolehlah. ..
KErepek ubi pedas 1 kg =RM10
KErepek ubi original 1kg = RM9
KEperek bawang 1kg =RM12
KErepek jejari bilis 1kg = RM12
Kerepek pisang abu 1kg =RM15
KErepek Pisang tanduk 1kg =RM18
Semalam aku g tesco, aku tengok bazaar kat luar yang jual kerepek. . 1 peket yang aku rasa macam x sampai 1/2kg jek mahal giler. . kerepek ubi 1/2 kilo sampai RM8. cekik darah betul.
Dah habis jual kerepek, aku jual tupperware. Pada mulanya aku masuk tupperware ni sebab aku nak pakai sendirik. . .lama² dah seronok laks... padahal aku tak ambil untung pon. Ikut harga ahli jek. . .KAlo x aku memang takde sale. . .